Thursday, 7 July 2011
Saat Terakhir
Inilah saat terakhir ku melihat kamu
Jatuh air mata ku menangis pilu
Itu ialah permulaan bagi cerita aku yang menyedihkan ini...
Bacalah...
Tanggal 6 haribulan 9 2010 hari Isnin
Hari lahir seorang insan bernama Nur Kasih Bt Kasim.Seorang sahabat aku yang paling baik dan
paling setia sekali.Aku sudah menganggap dia seperti kakak aku sendiri.Dia mengajar aku
semua yang ada di dunia ini.Mengajar aku semua yang aku tidak tahu dan yang paling penting
sekali dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya...
2 hari sebelum hari lahir Nur Kasih
Aku : Nur,tak lama lagi awak akan berumur 25 tahun.Saya rasa gembira untuk awak!
Dia menjawab dengan suara yang merdu seperti selalu.Bagi aku,dia memang layak untuk menyertai
pertandingan Gadis Melayu.
Nur :Terima kasih.Saya pun rasa gembira.
Aku :Nanti saya pergi rumah awak ye?Saya nak makan banyak-banyak kat rumah awak.
Nur :Suka hati awak la.Awak dah selalu buat macam tu bila datang rumah saya.
Kami berdua ketawa.Bila aku melihat dia ketawa,saya rasa gembira sangat.
1 hari sebelum hari lahir Nur Kasih
Aku :Awak dah siapkan makanan untuk esok?Saya dah tak sabar nak makan ni.
Nur :Dah.Saya dah siapkan untuk awak.
Dia menjawab dengan suara yang agak berlainan.Aku melihat dia terbatuk-batuk.Mukanya
nampak agak pucat.Dia tidak seperti selalu.
Aku :Awak tak sihat ke?Awak nampak lain je hari ni.
Nur :Tak ada apa-apa lah.Saya sihat je.
Itulah dia Nur Kasih sahabat aku.Tidak mahu buat orang di sekelilingnya risau tentangnya.
Hari lahir Nur Kasih
Aku berjalan menuju ke rumahnya.Dalam hati,aku agak tidak selesa.Aku merasakan seperti
ada sesuatu yang buruk akan berlaku tapi aku cuba hilangkan rasa itu.Hari ini hari yang paling
bermakna buat sahabatku dan aku ingin memberitahunya bahawa... Boommm!!!
Tiba-tiba aku terdengar bunyi yang mengejutkan aku.Aku berlari ke arah bunyi itu.Aku melihat
ramai orang berkerumun di hadapan sebuah kereta.Aku bertanya seorang budak yang berlari
keluar dari orang yang berkerumun itu.Budak itu memberitahu bahawa ada kereta yang melanggar
seorang wanita yang ingin melintas ke seberang jalan.
Aku melihat ke seberang jalan.Di situlah rumah sahabatku.Aku pergi melihat siapakah wanita itu.
Aku berjalan perlahan-lahan.Dalam hatiku aku berasa sangat ganjil dan yang pasti aku tidak suka
perasaan ini.Perasaan ini seolah-olah memberitahu bahawa wanita itu adalah orang yang aku
sedang fikirkan.
Aku melihat wajah wanita itu dan...
10 tahun kemudian...
Aku berjalan ke tanah perkuburan.Aku menuju ke arah sebuah kubur.Aku membaca al-fatihah dan
surah yassin.Aku meluangkan sedikit masa di situ.Aku melihat tulisan pada ms.wikipedia.org/wiki/Batu_nisan
Nur Kasih Bt Kasim
6.9.2010
Aku membaca surat yang diberikan oleh ibunya.Ibunya memberitahu bahawa itu surat dari arwah yang
ingin diberikan oleh arwah sejak dari dulu lagi.Surat itu mengatakan bahawa arwah menghidap penyakit
jantung berlubang.Aku berasa bersalah.Aku sepatutnya menanyakan hal ini dari dulu lagi sejak
dia terbatuk-batuk dulu.Sekarang ini semuanya sudah terlambat.Aku merindui suara ketawa dari
seorang insan yang bermakna dalam hidupku...
Subscribe to:
Posts (Atom)